aku pernah menulis ketika 2005?

ketika aku sedang sibuk membersihkan,mengemas,mengemop,menyapukan lantai kamar tidurku, aku terpandang akan sebuah kotak. Kotak tu memang sedia maklum disimpan khazanah sejak azali peninggalan aku dari zaman berzaman. Aku belek-belek la dan di dalamnya terdapat pek sampul surat berwarna coklat.

bila aku usha apa ada dalam sampul tu, rupa-rupanya hasil penulisan aku waktu aku kolej dulu. Aku da sampai lupa yang dulu aku pernah menulis sepanjang tu. Lengkap macam sebuah novel. Belek-belek tahun 2005. Gila legend~! haha...

secara ringkas sinopsisnya cerita yang aku tulis tu.... berkenaan kisah cinta dua orang yang end-up dia dua-dua mati. Tragis sedih jugak aku menulis dulu. Tapi aku lebih kepada gelak la (sebab tengok tulisan sendiri time muda-mudi)...hahaha... Apapun, hasil penulisan aku itu akan dijadikan dorongan serta asas motivasi untuk aku menulis kembali....sekian~

menjadi assistant kursus penulisan kali pertama!


setelah sekian lama aku menulis dan tanpa sebarang punca atau penghasilan jitu yang rasmi, selain aku begitu mendedikasikan diri untuk menulis, akhirnya aku mendapat sebuah peluang yang jarang-jarang dan kadang-kadang sampai mahupun tiba. Seorang penulis, Faizal Mukhtar yang mempunyai pengalaman sangat jitu dalam bidang ini, mendapat pengalaman dari PTS dan juga Karangkraf, telah menganggotai 'kelab budak-budak suka duduk ofis' dan salah seorangnya ialah aku. Maka dengan mendekatkan diri bersama, akhirnya pertama kali dia memanggil aku untuk turut serta dalam siri penjelajahan kursus penulisan di kawasan berdekatan Wangsa Maju. Secara tidak langsung aku telah diberi amanat untuk menjadi pembantu beliau ketika kursus itu berlangsung.

Selama tiga hari kursus akan dijalankan dan kursus-kursus berkaitan sungguh bermakna bagi kendiri diri aku adalah seperti berikut :

- kursus penulisan skrip filem dan drama
- kursus penulisan skrip komik
- kursus penulisan novel menjadi skrip

hari, waktu, masa, dan tempat akan aku kemukakan pada waktu di masa yang akan datang kemudiannya... terimas.

(iklan) gundamku

hasil gabungan rasa cinta yang mendalam terhadap binaan model gundam... aku mengumpul duit untuk membeli satu demi satu model-model yang aku suka... namun apakan daya... di hari persandingan akak yang tercinta, anak-anak buah yang datang telah menjahanami dengan dashyat gundam-gundam tersebut... punah hatiku melihatnya...

berkat kecekalan... aku mengumpul saki-baki kaki, tangan, kepala, badan yang masih ada dan akan ku ubah menjadi satu binaan model yang kukuh dan angkuh (saje sedapkan hati)... kalau sukses... aku 'uplod' hasilnya nanti... lihatlah kalian... tunggu aku ke ofis yang menanti hari esok dan semoga berjaya....

(iklan) pengubahsuaian ofis


setelah sekian lama bertungkus lumus... cuba mencari-cari tempat yang sesuai untuk dijadikan ofis bersama... setelah lama hidup dalam buangan... atau lebih mesra dengan panggilan 'staff yang tidak dikasihani'... maka... seramai empat pekerja utama.... aku, Imp, Prem dan Jiro bertungkus-lumus mengemas ofis untuk dijadikan pejabat rasmi kitorang semua... dalam masa hanya semalam bermula 6petang berakhir 3pagi... semuanya berjalan lancar sehingga ofis ala-ala reban itu menjadi seperti kelas tusyen gred A plus-plus... terutama di bahagian hadapan yang diubah menjadi superb ruang tamu... aku da rasa macam kat rumah tumpangan Ah Seng dah (bukan nama sebenar)... dan terima kasih kepada pihak pengurusan ofis yang sudi menyupport internet berupa P1 4G... aku sangat suka ofis aku sekarang... The Best and Wish For Luck Always~

apa-apa pun... aku dengan ini... meng'upload'kan beberapa helai, keping, pucuk gambar untuk tatapan semua... dari seburuk-buruk alam ofis aku tu yang kalau campak mayat pun entah jumpa ke tak sehingga menjadi sangat efisyen... tataplah puas-puas... terimas.

Ni kira gambar-gambar sebelum makeover la~...


dan di bawah ni selepas proses bedah siasat secara bertubi-tubi









(in the making) komik CINTA


the next story please... okeh... mari aku bagitau satu cerita... erk... cerita tu dah dilukis dan akan dikomikkan... so, tak perlu aku cerita nanti dah terbit korang baca la okeh... haha... komik berjudul Cinta ni hasil garapan idea ramai-ramai kartunis dan hasil dari lukisan serta cetusan idea... semua hasil ters
ebut akan dikomikkan jadi satu... aku cuba hasil idea dan idea tu dilukis oleh saudara Imp yang terus-menerus duduk di sebelah aku dan menjadi deria lukisan aku sementara aku terus dengan deria penulisan aku mencari idea-idea baru dan bernas...

aku selitkan ilustrasi atau mukasurat contoh dari komik berkenaan (ni yang aku dan Imp hasilkan je... yang lain tu tak tahu... tak pasal-pasal aku kena bayar loyalti)... so... enjoy.

mukasurat pertama dari cerita aku dan Imp

(in the making) skrip animasi WAU


maka, dengan adanya akal fikiran yang dianugerah Maha Esa... aku menjana minda untuk menghasilkan idea-idea yang berterusan... director telah bersuara pada suatu hari, "kalau kau ada idea... kau buat je skrip... konsep dan ilustrasi... boleh kita ketengahkan projek tersebut."

atas dari saat itu, aku cuba untuk mengkreatifkan otak aku untuk merekacipta sebuah idea... maka terhasil sebuah karya berjudul 'Wau'. Cerita ni secara serba sedikit aku kisahkan seorang budak lelaki bernama En yang suka kan wau (sebab ayah dia suka kan wau). En kehilangan ibunya di waktu kelahiran beliau, dijaga oleh ayahnya yang begitu manjakannya... Tapi, pada suatu hari, ayah dia, Marji, seorang nelayan, telah hilang di laut dalam ribut yang besar... Oleh kerana masih percaya yang ayah dia masih hidup lagi... malah ada juga yang bercerita terlihat Marji di pesta-pesta, pertandingan-pertandingan wau, maka En bersemangat untuk bermain wau bersungguh-sungguh dan masuk ke dalam pertandingan-pertandingan demi untuk mencari semula ayah dia yang hilang tu walau ramai kata yang ayah dia dah mati. Sepanjang dia berlatih tu, dia dijaga oleh seorang otai wau bernama Zayani dan mengambilnya sebagai anak angkat.

So, berjaya ke tidak En jumpa balik ayah dia dan merangkul juara dalam pertandingan yang sangat diimpikannya tu? Tu nanti pandai-pandai la kalau animasi 2D ni da keluar, korang tengok la yer.... tapi buat masa ni... masih dalam pre-pro atau pembikinan sebelum produksi... masih dalam peringkat cetusan idea konsep dan jalan cerita la senang faham... hahaha...

aku selitkan sebuah ilustrasi berkaitan wau ni yang sekarang ni jadi wallpaper desktop aku... juga hasil garapan tangan saudara Imp yang aku paksa dia lukis sampai jadi karektor En ni... dijadikan sebagai pendorong serta pembakar semangat untuk meneruskan penulisan menjana cerita ni sampai tahap bila orang tengok je komfirm menangis (macam tengok telenovela)... mari... ayuh... kita sama-sama basuh otak kita (brainwash)...


di masa-masa akan datang akan aku meng'update'kan lagi perihal-perihal berkaitan Wau ini untuk bagi semua sedikit 'hint' dan juga daya tarikan, berapa ramai agaknya yang suka atau tak ada sorang pun suka...huhu...


(in the making) komik BADANG : CERITERA TIDAK TERHIKAYAT


apa-apa pun... diharap pertolongan serta utamanya galakan dan sokongan pihak awam semua... semoga ia sukses... aku akan memuat turun sinopsis tentang komik ni di masa yang akan tiba dikemudiannya...

di sini aku memuat turunkan dulu contoh beberapa lukisan berkaitan Badang yang telah dihasilkan, dimanipulasikan, dilukis, dilakar, digigit makan muntah semua oleh saudara pelukis setia hamba, Imp...



dan dari ini... akan aku upload kan lagi sebanyak mungkin di masa-masa akan datang sehingga mencapai tahap masak ranum menjadi sebuah komik untuk simpanan orang awam. Sekian.

(in the making) skrip animasi PENGEMBARAAN L. JALAK

hasil memuaskan selepas selesai menterjemahkan Panca, aku telah, dengan ini, akhirnya diberi kepercayaan serta kebebasan menulis skrip pertama hasil kerah otak aku sendiri bagi sebuah projek animasi 2D bertajuk Pengembaraan L. Jalak. Sebuah kisah berkonsepkan haiwan yang pelbagai ala-ala Kungfu Panda tu yag pandai bertarung; ilmu pertarungan, ilmu beladiri, penggunaan pelbagai senjata, jurus dan sewaktu dengannya. Apa yang seronok (sebenarnya tensen jugak), dalam pembinaan skrip cerita ni, aku kena gunakan ayat-ayat puitis, dramatis serta bahasa purbawara. Contohnya ketika hendak membuka langkah atau jurus sewaktu hendak memulakan pertarungan, gaya lenggok bahasa seperti berpantun kena la diselitkan. Contoh macam falsafah dalam persilatan, cara untuk mencabar secara lembut dan sopan. Macamtu la lebih kurang. Dari situ, kena la aku banyak membaca, menonton, cerita-cerita lama-lama nih. Maka, bermulalah penjelajahan Semerah Padi, Jalak Lenteng, Dang Anum, Seri Setia, Lela Manja, Lanchang Kuning, dan sebagai-bagainya... Bagus juga la sekarang ni ada cerita-cerita purba dimodenkan contoh PGL dan drama bersiri Keris Hitam Bersepuh Emas... Selain muvie, lagu-lagu juga kena dengar... Adoooo.... kajang pak malau la aku... haha...

Dilampirkan berikutnya adalah sinopsis ringkas cerita ni, hasil karya, idea, konsep dan pemikiran kerah otak Firdaus - dan juga bro Mushadie aka. Prem.

penemuan apa yang dipanggil bakat

kali pertama lepak kat sebuah studio animasi, ramai yang tanya, "kau pandai lukis?"... aku pun jawab la, "boleh la sikit-sikit". Tapi sampai ke sudah aku tetap tak mampu melukis kecuali secara digital menggunakan sofware. Jadi, seorang director telah memberikan aku sebuah skrip dan dia bertanya, "kau boleh translate tak ni?"... skrip tu dalam english so aku kena translate dalam BM. Dipendekkan cerita aku pun sapu, janji dapat duit. Berkat dari kepercayaan yang diberi serta sidat ingin mencuba, maka, dari itu la permulaannya aku menulis apabila setelah diterjemahkan semua skrip-skrip itu telah memperlihatkan mutu bahasa aku. Jadi, bermulalah perjalanan aku sebagai penulis (scripwriter, novelis, penulis komik, etc.)

Diceritakan serba sedikit hasil pertama aku tu. Penceritaan animasi 2D berkaitan dengan zaman purbawara di mana terdapat batu yang dipanggil Panca yang mana batu itu sangat berkuasa. Jadi, terdapat konflik kuasa baik dan kuasa jahat untuk mendapatkan batu tersebut dan digunakan untuk hak masing-masing. Diceritakan seorang pewaris bernama Seri melalui sebuah pengembaraan dalam pencarian batu tersebut ditemani beberapa watak lain seperti Luncai (anak gadis bersifat kelelakian), Hang Tuah, dan juga Mat Jenin (seorang bijak pandai). Berjayakah Seri untuk mendapatkan batu tersebut dalam menempuh pelbagai halangan terutama dari pihak yang serba jahat di bawah penguasaan Pawaka? Ceh... soalan... macam sinopsis pulak eh... haha.... So itu je la serba sedikit penceritaan sambil aku lampirkan sekali contoh penghasilan aku yang tidak seberapa...

maksud sebuah kerjaya ver. 1.0

untuk menjadi seorang penulis... paling penting kena sentiasa berkepit dengan... sebatang pen... dan sebuah buku... tapi buat masa sekarang... dalam beg aku je ada tiga buah buku dah... hahaha... bagi aku, untuk menjiwai kerjaya penulis ni, bukan la susah, tapi bukan juga mudah... kalu kita minat menulis, tulis la apa pun selagi janji kita kreatif. Dalam waktu ni, aku begitu teringin sekali untuk cuba meng'usha' sebijik tablet pastu install sofware ala-ala buku iaitu 'windows journal'... hohoho... baru nampak moden... tapi buat masa sekarang pakai la buku dulu. Apa yang beza antara buku ngan lappy or netbook? Bagi aku... buku ni boleh conteng-conteng sesuka hati so kita tak perlu tulis dalam ruangan yang limited dan jugak kita boleh tokok tambah selagi ada ruang. Betol? Tapi... bagi aku seorang yang sangat amatur ni... apa yang mampu je la... masih dalam tempoh percubaan... masih tak tahu apa hasilnya aku ni... maka... aku masih cuba yang terbaik dan atas sokongan serta galakan... aku akan terus cuba terutama dalam penghasilan atwek-atwek penulisan yang bermutu tinggi... Baru boleh jadi macam J. K. Rowling... hahaha... handoiii...

ni la contoh sofware 'windows journal'
kalau da install kat tablet... baekkk~

nafas karya baru untuk blog ini

Blog ini telah lama mendiamkan dirinya dari hasil penaipan serta penulisan aku. Maka dengan ini, aku serba sedikit akan cuba untuk menulis kembali. Setelah sekian lama cuba mencari apa keinginan diri sendiri... akhirnya... aku dengan sendiri mengiktiraf diri ini menjadi seorang karyawan dalam penulisan. Ada la hasil-hasil penulisan yang akan ditonjolkan dan mulai dari saat ini, blog ini secara rasminya akan diguna untuk meng'update' hasil kerja pemerahan otak bertubi-tubi. Mungkin selama ini, blog bukan la sesuatu yang rasmi bagi diri aku. Tetapi dari masa sekarang, akan aku gunakan ia sebaiknya. Lagipun apa gunanya blog ini jika tidak diguna untuk memperlihatkan suatu hasil yang boleh diguna pakai oleh diri sendiri dan semua orang. Horyaaaaa~! Antara yang berkaitan merupakan ideologi penulisan dalam penghasilan karya skrip, novel, dan juga cerita komik. Baiklah~ satu~ dua~ MULA!

gambar ini hanya hiasan semata-mata
(memang gambar aku pun tapi ini adalah sedang
mendesignkan bukan menuliskan. harap maklum)