mari meramaikan majlis ini


terpanggil oleh saudara Faizal Mukhtar yang memanggilku masuk ke ofisnya. Lalu, diserahkan padaku sebuah fail berformat pdf iaitu borang penyertaan sayembara penulisan. Penyertaan ini yang dibuka oleh ITBM - PENA - BERITA HARIAN serta merta menerobos masuk ke dalam piring akalku untuk aku mula berkarya semula.

Terbahagi kepada tiga kategori, malah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta, penyertaan dan pertandingan sebegini lah yang terbaik untuk kita menunjukkan kemahiran dan yang penting, dapat mengasah bakat yang kita sendiri tidak tahu jauh duduknya di mana, terutamanya diri aku sendiri.

Maka, penulisan bermula. Pena diangkat. Punat-punat di papan kekunci bakal beraksi dengan tangkas dan ligatnya. Ayuh! Kita mulakan! Dengan berkat "Dengan Nama Allah"...

SEMANGAT GAHSING dianimasikan?


(mukadimah) setelah sekian lama tidak meng'update' blog aku nih... akhirnya aku berpeluang menulis kembali... setelah pelantar di'download' iaitu merupakan yang disebut sebagai... Google Chrome, alkisah sebab mozilla aku setting apa tak tau so tak boleh bukak Blogspot.

kulit muka hadapan komik
Semangat Gahsing

So... maka... bermulalah penulisan. Ketika sekitar tahun 2010, sebuah komik hasil nukilan Adiemus dan juga Firdaus iaitu Semangat Gahsing telah dikeluarkan oleh Komik M. Komik ini mendapat sambutan yang hangat juga oleh pembaca-pembaca komik di serata negara. Cerita tentang permainan gasing yang bukan sebarang gasing, tetapi gasing itu merupakan senjata yang berbentuk seakan gasing. Mempunyai tenaga, kemahiran serta kuasa tersendiri. Maka ia dikenali sebagai Gahsing.

Maka, sekitar tarikh 16 Januari 2012 (baru je lagi ni), Adiemus iaitu saudara Prem merangkap tuan direktor ku sendiri telah meng'assemble'kan aku untuk tugasan penting pre-produksi sebuah animasi, iaitu penulisan skrip. Dia telah memberikan tugas untuk aku menulis skrip bagi animasi yang diadaptasi dari komik ni. Perbincangan sebelum itu telah berlangsung selama beberapa hari untuk mengumpulkan semua tenaga kerja dan memahami apa tugas masing-masing.

Setelah empat hari aku menaip, siap sudahlah episod pertama dan sekarang ini dalam proses untuk menyiapkan 'trailer' animasi dan bersedia untuk ke stesen tv. Apa-apapun semoga berjaya. Amin~

kursus penulisan pertama


hampir terlupa untuk berbicara tentang hal mengenai aku menjadi pembantu bagi sebuah kursus penulisan. Dah alang-alang pergi ke kursus tu, maka aku pun yang bekerjaya sebagai seorang penulis inipun mengambil inisiatif untuk turut serta.

Pengalaman yang sangat membina, dan sangat mendalam. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dan apa yang diperolehi memang tidak ada, dan tidak boleh didapati dengan mudah atau disebarang tempat. Sebab, ini kira macam kita mengambil, berkongsi, dan diberikan pengetahuan yang dikongsi oleh orang-orang yang berpengalaman.

Dekat kursus ni jugalah, kita dapat berjumpa dengan 'otai-otai' penulisan terutama skrip lah. Memang tak rugi sebab aku dapat tambahkan keyakinan aku dalam mutu penulisan di masa-masa yang akan datang.

Diharap, andai ada sambungan untuk kursus ini nanti, kalau ada rezeki, diharap aku dapat turut serta lagi nanti. Insya-Allah. Semoga sukses dan terus sukses. Disini aku sertakan sekali, video yang telah dihasilkan oleh salah seorang 'otai' di kursus tersebut, untuk dikongsi bersama.