secara rasmi aku diiktiraf sebagai penulis skrip


alhamdulillah semua berjalan lancar seperti dirancang... walaupun sudah berlangsung selang tiga hari yang lepas... hari ini baru aku mewawancarakannya di blog ini... walau apa pun... terima kasih pada semua...

tiga hari yang lepas iaitu pada tarikh keramat 3 Januari 2012, suatu perjumpaan mesyuarat telah diadakan di ofis ini... maka semua yang ada telah dipanggil dan ahli-ahli telah dimesyuwarahkan dan idea-idea yang bernas telah terhasil... selain dari turut juga perlantikan jawatan-jawatan buat semua yang ada... atas itu... aku telah diamanatkan jawatan di sektor penulisan dengan memegang peranan sebagai 'scriptwriter' dan juga 'copywriter'... apapun... ni bukan scriptwriter coding html okeh... haha... so walau apapun... terimas sekali lagi... n i luv my job... sejajar dengan mug kole yang ade kat atas meja aku... aku upload gambarnya untuk tatapan kalian.... terima kasih atas sokongan... adios~

aku pernah menulis ketika 2005?

ketika aku sedang sibuk membersihkan,mengemas,mengemop,menyapukan lantai kamar tidurku, aku terpandang akan sebuah kotak. Kotak tu memang sedia maklum disimpan khazanah sejak azali peninggalan aku dari zaman berzaman. Aku belek-belek la dan di dalamnya terdapat pek sampul surat berwarna coklat.

bila aku usha apa ada dalam sampul tu, rupa-rupanya hasil penulisan aku waktu aku kolej dulu. Aku da sampai lupa yang dulu aku pernah menulis sepanjang tu. Lengkap macam sebuah novel. Belek-belek tahun 2005. Gila legend~! haha...

secara ringkas sinopsisnya cerita yang aku tulis tu.... berkenaan kisah cinta dua orang yang end-up dia dua-dua mati. Tragis sedih jugak aku menulis dulu. Tapi aku lebih kepada gelak la (sebab tengok tulisan sendiri time muda-mudi)...hahaha... Apapun, hasil penulisan aku itu akan dijadikan dorongan serta asas motivasi untuk aku menulis kembali....sekian~

menjadi assistant kursus penulisan kali pertama!


setelah sekian lama aku menulis dan tanpa sebarang punca atau penghasilan jitu yang rasmi, selain aku begitu mendedikasikan diri untuk menulis, akhirnya aku mendapat sebuah peluang yang jarang-jarang dan kadang-kadang sampai mahupun tiba. Seorang penulis, Faizal Mukhtar yang mempunyai pengalaman sangat jitu dalam bidang ini, mendapat pengalaman dari PTS dan juga Karangkraf, telah menganggotai 'kelab budak-budak suka duduk ofis' dan salah seorangnya ialah aku. Maka dengan mendekatkan diri bersama, akhirnya pertama kali dia memanggil aku untuk turut serta dalam siri penjelajahan kursus penulisan di kawasan berdekatan Wangsa Maju. Secara tidak langsung aku telah diberi amanat untuk menjadi pembantu beliau ketika kursus itu berlangsung.

Selama tiga hari kursus akan dijalankan dan kursus-kursus berkaitan sungguh bermakna bagi kendiri diri aku adalah seperti berikut :

- kursus penulisan skrip filem dan drama
- kursus penulisan skrip komik
- kursus penulisan novel menjadi skrip

hari, waktu, masa, dan tempat akan aku kemukakan pada waktu di masa yang akan datang kemudiannya... terimas.

(iklan) gundamku

hasil gabungan rasa cinta yang mendalam terhadap binaan model gundam... aku mengumpul duit untuk membeli satu demi satu model-model yang aku suka... namun apakan daya... di hari persandingan akak yang tercinta, anak-anak buah yang datang telah menjahanami dengan dashyat gundam-gundam tersebut... punah hatiku melihatnya...

berkat kecekalan... aku mengumpul saki-baki kaki, tangan, kepala, badan yang masih ada dan akan ku ubah menjadi satu binaan model yang kukuh dan angkuh (saje sedapkan hati)... kalau sukses... aku 'uplod' hasilnya nanti... lihatlah kalian... tunggu aku ke ofis yang menanti hari esok dan semoga berjaya....